
phineng25
5 tahun
Ulser d bahagian kemaluan
Sya berumur 23 tahun sebelum sya period beberapa hri yg lalu sya mendapati keputihan sya semakin teruk Dan bau, sya baru perasan hri ini Di bahagian bibir kemaluan sya mcm ada ulser Dan sakit…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang berbau yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhoea/klamidia sekiranya pernah melakukan hubungan seks bebas
Manakala ulser pada kemaluan anda boleh terjadi akibat:
- iritasi dari kegatalan
- Jangkitan herpes genital
- Kesan melecet
- Alahan pada produk pencuci atau kain
- Penyakit kelamin seperti sifilis
Antara langkah-langkah penjagaan kelamin yang anda boleh ambil adalah seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.