Sulit
4 tahun
Ulser dalam kerongkong
Saya mengalami pedih pada bhgn atas kerongkong dan bila saya masukkan jari utk rasa dikawaaan pedih itu, saya rasa seperti ada biji ulser dikawasan pedih itu. Apakah rawatan yang bole saya ambil?bolehlah saya ambil antibiotik?sebab pedih ini telah berlarutan lebih 3 minggu…biasanya kalau saya ulser sebelum inicontoh didalam mulut atau dibawah lidah,sekejap je hilang,tp yang ni agak lama…apa nasihat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- kanser tekak lebih lebih lagi jika anda perokok dan ulser melebihi tempoh 2 minggu
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.