
tembamtembam_t
4 tahun
Ulser dalam mulut selepas demam
Baru2 ini saya demam dan doc tlh berikn sy antibiotik. Selepas beberapa hari tnp makan dan minum yg cukup ditambah dengan pelbagai ubatan yg diberikan, hari ini baru sy perasan bahawa lidah sy ada tompokan putih dan seperti berbiji2. Manakala lelangit sy pula terasa seperti ada luka dan pedih semasa sy mengunyah mknn.
Adakah apa yg sy alami ini normal?
Bagaimana cara untuk merawat ulser ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi untuk rawatan kami perlu melihat ulser tersebut serta terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.