rasta9840
4 tahun
Ulser dan sakit tekak
Hi salam sejahtera, saya fiz umo 32 dan bekerja dibidang konsultansi. Minggu lepas saya terkena tonsil dan dapay ubati dalam masa 2hari serta bengkak kelenjar pun surut selepas makan antibiotik. Semalam saya perasan ada tumbuh ulser dimana selama ni tak pernah saya alami. Ulser itu betul-betul di gum atau di permukaan gusi. Hanya sakit yg minima. Saya pun mengumur garam untuk mengurangkan kesakitan yang minima. Dan harini ulser saya makin membesar serta tekak saya jugak sakit sedikit saat menelan… Dan lidah saya agak kekuningan… Perlu ke saya berjumpa doctor atau tggu sehingga reda? Atau simpton yang bahaya berkaitan ulser… Terima kasih doctor.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser membesar serta merebak ke bahagian lain dalam mulut memerlukan pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca kepada masalah ini. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.