
Sulit
4 tahun
Ulser di tonsil dan terasa perit ketika hendak menelan saliva dan pada masa ini rasa sakit mula merebak ke telinga
saya adalah seorang perempuan berumur 22 tahun, pada umur saya 8 tahun saya pernah dijangkiti penyakit tonsil bengkak, dan waktu itu dr menasihati saya untuk berpantang dan di katakan tonsil itu akan hilang jika dibedah, pada umur 22 ini pula sekali lagi tonsil saya berasa sakit. saya dapati ada satu tompokan putih yang menyerupai ulser, sudah 5 hari tekak saya dalam keadaan begini dan pada malam ini rasa sakit itu mula merebak ke telinga. pelbagai cara sudah dilakukan seperti kerap minum air masak, mengenakan air garam dan menitik minyak gamat mahupun majerin di kawasan tersebut. apa pendapat dr tentang masalah ini ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Daripada deskripsi anda, terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku. Antaranya:
- jangkitan kuman pada tonsil
- ulser pada tonsil
- jangkitan kulat pada tonsil
- keradangan tonsil
Memandangkan ia menjejas kesihatan dan keselesaan anda, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini lebih-lebih lagi rawatan di rumah tidak lagi berkesan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih