
Sulit
5 tahun
Ulser gusi dan gusi sakit kemerehan merahan
Saya berumur 16 tahun pada mula nya saya sering sakit gigi belakang saya apa bila makan daging lama kelamaan saya termakan daging gusi saya mulai bengkak,kemerah merahan, sakit yang teramat dan gusi saya telah bengkak di merata tempat selepas surut ada satu gigi saya yg gusi dibawahnya sekarang dihadiri ulser yg sakit teramat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ulser atau kecederaan pada gusi anda sekiranya tidak surut memerlukan pemeriksaan doktor. Selain itu, anda boleh amalkan beberapa langkah bagi mengurangkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Berkumur air garam
- Makan makanan yang lembut dan yang memerlukan kurang pengunyahan
- Ubat sapuan anti-kesakitan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.