
danishdjely432
6 tahun
Ulser Lidah, bengkak pipi dan sakit telinga
Salam sejahtera. Saya adalah lelaki berusia 30-an. Dua hari lepas saya berasal sakit pada lidah. Amat sukar untuk makan dan minum. Sehari selepas kejadian pipi sebelah kiri saya mula membengkak dan bawah dagu terasa sakit. Hari ke tiga, pula saya rasa sakit pada telinga kiri seperti di cucuk jarum. Saya telah pergi ke hospital. Doktor beri ubat antibiotics dan paracetamol sahaja. Saya juga penghidap diabetes. Apa yg menyebabkan sakit telinga itu? Saraf urat atau lain2?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, sakit telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.