
Anonymous
6 tahun
Ulser mulut lidah dan tekak
Mulut saya sering tumbuh ulser di lidah pipi dan anak tekak, ia sering tumbuh dan berulang di kawasan lain apabila satu ulser sudah elok. Lama kelamaan ia merebak di seluruh mulut. Malahan diaanak tekak dan lelangit juga banyak. Apabila berjumpa dengan doktor, mereka hanya memberi jawapan yang sama walaupun saya berulang kali berjumpa mereka dan mengatakan ulser saya tidak sembuh melebihi sebulan. Sekarang saya sukar untuk makan serta mahu menelan air juga sakit

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- hubungan seks secara oral
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.