saladinfauzi11
4 tahun
Ulser pada mulut tidak sembuh mbesar
Tak sempuh hmpir sbulan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jika ulser pada mulut tidak baik juga walaupun sudah sebulan berlalu, ianya boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Ulser sering luka - akibat makanan atau minuman yang melambatkan proses pemulihan
- Penyakit radang usus - seperti penyakit Chron
- Ulser dari penyakit seperti sifilis atau kandida
- Masalah imun lemah seperti disebabkan kencing manis, pesakit kanser ataupun pesakit auto-imun
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.