
Sulit
4 tahun
Ulser pada tonsil, sakit untuk menelan, suhu badan meningkat
Saya wanita berumur 31 tahun.
Tengahari tadi saya merasa sakit untuk menelan makanan dan sekarang sakit untuk menelan air liur pun. Saya lihat tonsil kanan saya ada ulser dan saya merasakan suhu badan saya meningkat. Apakah yang perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan penerangan di atas, anda bertayakan mengenai rawatan yang harus anda lakukan bagi masalah tonsil kembang anda itu.
Selain mengambil ubat untuk mengurangkan simptom yang anda alami, masalah tonsil kembang ini boleh dirawat di rumah dengan cara berikut:
- Banyakkan berehat
- Kerap minum air
- Berkumur dengan air garam
- Berada dalam persekitaran yang lembab serti menggunakan humidifier
- Makan atau minum cecair yang hangat atau sejuk
- Mengambil lozenges
Namun begitu, Sekiranya gejala anda smakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh, saya sarankan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk berjuma dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.