
alfeehazreel
5 tahun
Ulser yang lambat baik
saya lelaki berumur 19 tahun… saya seorang perokok tegar… saya diserang ulser pada bahagian pipi belakang berhampiran tekak… pada mulanya saya tindak menghindarkan kerana ia kecil dan bagi saya itu pekara biasa sebab saya selalu menghadapi ulser dari kecil lagi . akan tetapi ulser yang saya hadapi kali ini berbeza ia kerana semakin hari semakin besar dan mula berdarah… saya agak risau dan memakai ubat ulser yang saya beli di farmasi… Akan tetapi ulser saya tidak pulih dan sekarang sudah lebih 2 minggu… Adakah ini ulser biasa atau jangkitan kuman atau mungkin juga tanda tanda kanser mulut ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.