
nurhafizhoh
6 tahun
Umrah semasa 8 bulan kehamilan
Saya telah disahkan mengandung tetapi telah mendaftar untuk Umrah pada 25 November 2019 sehingga 5 Disember 2019. Berdasarkan due date yg diberikan Dr, saya dijangka bersalin pada 8hb January 2020. Soalan saya, adakah saya berpeluang untuk menunaikan umrah pada tarikh yg telah saya daftar dan bayar tersebut? Terima ksih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bagi menjawab soalan puan, bagi perkara seperti ini, puan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sakit puan yang memantau kehamilan puan. Biasanya kebanyakan pesawat penerbangan tidak membenarkan wanita mengandung lebih dari 36 minggu untuk menaiki pesawat, manakala bagi kandungan bawah 28 minggu memerlukan surat kebenaran daripada doktor. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor puan bagi mendapatkan nasihat tentang perkara ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian. Terima kasih