
Sulit
4 tahun
Umur baru 14 tahun..tapi badan bongkok :thinking:
Saya baru 14 tahun…tapi bongkok… melengkung je badan😒 … bila tegak je sikit…bongkok balik…kalau duduk memang nampak badan tu melengkung bongkok…berdiri pun sama…tapi bila berdiri bila tegak MCM tak boleh tegak betul…MCM bahagian badan bawah kedepan… bahagian atas melengkung… bagaimana bongkok tu boleh terjadi?Sya start bongkok masa darjah 5 tak silap…dah buat senaman tapi tetap bongkok…macam mana nak betulkan postur badan eh?dan MCM mna nak kembalikan badan tegak atau postur badan yg betul?dan bongkok ni terjadi sebab apa ye… adakah bawa beg sekolah yg berat atau lain2?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu badan bongkok. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti skoliosis, spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
Namun, untuk menilai darjah kebongkokkan, perlu dilakukan pemeriksaan radiologi seperti Xray sebelum ditentukan kesesuaian memakai back support ataupun alatan lain. Justeru, anda harus merujuk masalah ini kepada doktor pakar tulang (ortopedik) untuk pemeriksaan lanjut.
Bagi mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan untuk
- Membuat senaman dan regangan yang betul.
- Mengamalkan postur duduk, berdiri, berjalan dan berbaring yang betul
- Mengurangkan berat badan
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih