
Sulit
4 tahun
Uncomfortable breast pain
Saya wanita, 40 tahun dan sedang menunggu keputusan biopsi untuk left breast. but i do feel pain on my right breast mcm rasa muscle pain tapi sampai ke bahagian belakang dan shoulder joint sampai rasa kurang selesa. masa yang sama saya kerap rasa mual dan drowsy tanpa sebab.
on my left breast sometimes rasa on/off pain mcm kena pinch, and im not sure whether its the lump yang dibiopsy.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya soalan kepada kami yang berunsur sensitif dan peribadi.
Sakit pada buah dada adalah perkara yang merunsingkan wanita lebih-lebih lagi golongan wanita yang berusia. Kami memahami kebimbangan anda yang sedang menunggu keputusan biopsi.
Kami memerlukan maklumat lanjut tentang “lump” yang golongan petugas kesihatan membuat prosedur biopsi. Berdasarkan keterangan anda, “lump” itu tidak dinyatakan saiz, lokasi, pergerakan, bentuknya dan adakah saiznya berubah mengikut kitaran haid.
Secara amnya, sakit payudara boleh disebabkan oleh:
- Terlalu banyak susu ibu jika anda sudah melahirkan anak
- Saluran susu ibu yang tersumbat jika anda sudah melahirkan anak
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Memandangkan puan telah pun melalui pembedahan untuk membuang ketulan satu lagi pemeriksaan boleh dilakukan untuk memastikan ketulan tersebut masih wujud ataupun tidak .
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.