
Sulit
4 tahun
Undescended testicle dan bengkak bahagian tubuh
Hi doctor, saya lelaki berumur 18 tahun. saya dapati saya mempunyai masalah undescended testicle(hanya mempunyai satu testis sebelah kiri di dalam kantung dan dapati ada testis disebelah kelengkang kanan apabila diraba)
dan terdapat bengkak di leher sebelah kiri, belakang telinga sebelah kiri dan belakang leher sebelah kanan. saya kerap kali rasa sakit di bahagian kelengkang dan scrotum. tambahan, rambut saya banyak yang gugur.
mohon penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada bahagian leher boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid - kerana jangkitan/batu karang/auto-imun
- Mastoiditis - radang mastoid
- Radang sendi rahang - Temporo-Mandibular joint syndrome
- Abses/nanah
- Bengkak kalenjar leher
- Limfoma
Bagi masalah testis seperti yang diperkatakan, kami tidak dapat membuat penjelasan tepat kerana perlu melihat dan meneliti secara fizikal keadaannya. Oleh itu, disarankan untuk segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut memandangkan situasi tersebut mengundang kesakitan.
Anda juga boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi penerangan lanjut. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah