
Sulit
5 tahun
Unknown Health Problem . HELP
I’m 18 , BMI normal ( 166m , 53kg )
Saya selalu sukar untuk bernafas , perut sering kembung , masa berjalan sering pening yang melampau sering jatuh ada juga sehingga pengsan , ( saya nampak dunia hitam , kadang kadang berpusing laju ) , telinga berdesing terlampau kuat ( macam bunyi machine orang dah tak bernyawa tu ) , Perut kadang kadang macam kena attack , Kepala kadang kadang macam kena cucuk kuat . Dulu pernah buat ( ear wax cleaner ) lepastu habis je rawatan tu kepala saya sering dengar bunyi machine tu , esoknya saya sampai tahap dengar terlampau kuat sehingga attack kepala saya pening sehingga tak boleh nak gerakkan kepala , ( gerak sikit je nanti dia attack kuat lagi , banyak kali saya jatuh , saya pun baring la tapi bila saya gerakkan kepala saya even slow dia tetap akan attack ) , just now ( tgh ikat rambut) telinga saya berdesing kuat lagi (paling kuat pernah saya dengar so far) then saya terbaring dalam 2 minit baru bunyi tu hilang . dulu masa saya pengsan kat hospital , doctor ada buat ECG dia kata jantung saya lemah . bila dah hantar saya kat emergency , check balik dia kata jantung okay je . About pemakanan pula , buah , sayur , air kosong semua pengambilan diet semua saya amalkan . & kadang haid saya tak normal 3/4 bulan baru keluar . im not pregnant . pernah makan ubat doktor , period okay dalam 2 bulan &then tak normal balik . Saya minta tolong sangat nasihat daripada doktor , adakah saya ada penyakit apa apa ? Apa yang perlu saya lakukan ? Terima kasih kerana baca tentang masalah saya , saya amat hargai .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- anemia
- asma
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.