
Sulit
4 tahun
Unsure normal or not
Salam dr, saya berumur 20tahun. Saya mula period pada umur 10tahun. Kebiasaanya saya period selama 9 hari. Saya ingin bertanya adakah haid saya normal atau tidak? Ini saya sertakan tarikh untuk 4bulan period saya.
July 17/7 - 26/7 (10hari)
August 23/8 - 31/8 (9hari)
Sept 28/9 - 7/10 (10hari)
Oct 28/10 - 5/10 (9hari).
Saya mempunyai masalah berat badan yang tak idea dimana berat saya hanya 40kg dgn tinggi 158cm. Saya ada baca, oeang yang mempunyai berat badan tak idea akan mengalami masalah period yang tidak teratur.
Adakah saya mengalami masalah period tidak teratur dr?
Terima kasih :).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kegursaran anda terhadap masalah haid anda yang tidak teratur. Anda perlu mengetahui kitaran haid anda pada setiap bulan. Kebiasaannya, kitaran haid untuk wanita normal adalah antara 21 ke 35 hari dan alirannya antara dua ke tujuh hari untuk setiap kitaran.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan mengapa seseorang boleh mengalami masalah sedemikian. Senarai di bawah merupakan antara sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami masalah haid tidak teratur. Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya.
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh stres, tekanan emosi atau jadual kerja yang aktif dan padat
- Sindrom poliklistik ovari (Polycystic Ovary Syndrome/PCOS)
- Umur; Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Untuk menjawab persoalan anda, kami tidak dapat memberikan kata putus kerana kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut dan melakukan pemeriksaan terhadap anda.
Antara langkah yang anda boleh lakukan ialah merekodkan tarikh aliran haid anda dan kitaran penuh untuk melihat sebarang perubahan terhadap haid anda dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami.