
Sulit
3 tahun
Unwanted unborn baby
Isteri saya mempunyai permasalahan dr sudut psikologi dr hari pertama kelahiran baby pertama sehinggalah anak yg kedua skrg usia 2 tahun. Pernah dimasukkan ke wad psikitrik sbb cubaan bunuh diri. Setiap kali lepas lahirkan anak isteri akan jd meroyan. Sehingga anak tidak disusukan dan memukul anak yg masih kecil. Lps beberapa bulan lps beranak, dia akan sembuh tak ada sifat depression dia. Lps september 2019 kelahiran anak kedua, sbb risaukan jadi lg mcm ni setiap kali mengandung isteri amek depo di klinik kesihatan tp jd mslh pd hormon sehingga menyebabkan sakit pd tulang belakang dan kepala. Doktor cadangkan stop cucuk depo dan pakai iucd, sementara tggu tarikh temujanji utk pasang iucd merancang dgn penggunaan kondom tp ntah dimana silap baru2 ni test positif sbb period lewat lps raya. Sekarang dia dah mula tunjuk sifat depression dan minta utk gugur anak, pergi ke klinik kesihatan doktor hanya bg surat rujukan ke psikitrik utk gugur. Isteri pula rasa mcm dipermainkan sbb suruh ke psikitrik utk gugur. Persoalan sy, adakah btl apa yg cara doktor klinik itu buat utk isteri gugur secara legal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami situasi anda di mana isteri anda yang hamil namun mempunyai masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati . Anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor.
Mengenai tindakan doktor tersebut, kami tidak dapat untuk memberi sebarang penjelasan kerana kami tidak mempunyai rekod kesihatan yang lengkap serta tidak menjalankan pemeriksaan secara fizikal ke atas isteri anda.
Dilarang untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan dengan nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Anda juga disaran untuk berbincang dengan ahli keluarga dan pasangan bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.