
Sulit
3 tahun
Upt bertukar negatif keluar darah haid tapi alami simtom hamil
Assalamualaikum doktor , saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin… Pada 21/9 saya ada test ujian air kencing(UPT) dan naik double line… Pada 29/10 ada keluar spotting coklat pada awal pagi dan diikuti keluar darah coklat hitam campur lendir pada sebelah petang dan berlanjutan sehingga 6 hari… saya ada pergi scan di klinik tapi tak nampak kantung… saya ada ulang buat UPT test pada 5/11 masih naik double line… Pada 20/11 saya buat UPT Test lagi line dah semakin samar dan hari seterusnya terus jadi single line… Pada 9/12 saya dapati darah keluar darah haid seperti biasa fresh blood… Masa scan di klinik swasta doktor ada beritahu saya tiada fibroid atau cyst… Tapi kenapa ya dari 21/9 sampai ke hari ini 26/12 saya kerap rasa cramp dibahagian abdomen sebelah kiri dan kanan… Masa tidur tak boleh baring terlentang… sebab akan ada rasa sesak nafas dan perut rasa tertarik… kena tukar2 mengiring kekiri atau kanan… payudara juga kerap sakit dan rasa seperti bengkak… Selalu juga rasa pening serta mual2… Selera makan juga hilang dah 3 bulan… Saya keliru dengan simtom yg saya rasa… hamil atau ada masalah lain ya… Harap doktor dapat bantu beri serba sedikit penerangan… Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian abdomen sehingga mengganggu tidur anda, sakit payudara, pening dan hilang selera makan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit di bahagian abdomen seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
Penyakit diatas juga boleh menyebabkan simptom pening, mual dan hilang selera makan.
Manakala simptom ginekologi berkaitan sakit bahagian abdomen yang ditemani masalah sakit bahagian payudara boleh disebabkan oleh penyakit berikut:
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
- Keguguran
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan