Anonymous
4 tahun
Upt Kabur & apakah saya hamil
Hi dc , kebelakangan ni sy sering kembung perut , tak lalu makan . Sering juga kentut , sakit bahagian bawah sebelah kiri dan juga lenguh pinggan . Pagi tadi saya check up mula2 tak nampak garisan kedua tp selepas tu sy tengok balik naik line kedua tp agak kabur . Kalau snap dengan kamera mmg xnmpak lasung . Kena perhati betul2 baru nampak . Adakah saya hamil atau tidak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab puan boleh hamil namun UPT negatif
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy
Namun untuk pengesahan sama ada anda hamil atau tidak, pemeriksaan Ultrasound perlu dilakukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.