
Sulit
4 tahun
Upt kabur dan perut sakit
saye berusia 22 tahun … saye ade masalah period tak teratur … dan bulan ni period saye lewat 5 hari … saye buat upt tapi garis di T samar2 … kemudian perut saye sakit di bahagian kanan bawah seperti senggugut dan kadang2 di bahagian kiri bawah jugak … sakit ni dah berlarutan 4-5 hari dari tarikh saye sepatutnye period …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu UPT kabur dan sakit perut. Untuk makluman anda, masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid.
Kebanyakan wanita yang cuba untuk menjadi hamil bergantung kepada ‘Urine Pregnancy Test (UPT)’. Namun demikian ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur. Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh bertukar kabur seperti:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan
- Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- Chemical pregnancy
- ubatan
Mengenai masalah sakit perut bawah kanan yang anda hadapi, ianya memerlukan maklumat lanjut seperti rekod kesihatan dan pemeriksaan susulan bagi mengetahui penyebabnya. Bagaimanapun, sakit perut bawah kanan boleh berpunca daripada:
- Sakit haid
- Appendicitis (keradangan apendiks)
- Keracunan makanan
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi keterangan dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih