
Sulit
3 tahun
Upt naik double line samar
Hai doktor . saya baru berkahwin 3 bulan tapi bulan ni saya dah period lewat sedikit , selain tu saya dapat simptom seperti loya , kurang selera makan , cramp perut blah kiri , cepat lelah , selalu mengantuk dan sakit pinggang . setelah itu sya cuba test menggunakan UPT sama ada saya hamil atau tidak , keptusannya naik double line tapi samar , selepas 5 hari lewat period , ada darah keluar seperti haid , tetapi saya tak mengalami senggugut seperti sebelum ini . ada kah saya hamil atau tidak doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif atau samar-samar kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.