
Sulit
4 tahun
Upt naik double line tapi samar
Hi, saya check upt selepas 3 hari lewat datang period, naik double line tapi samar. Cadang nak check semula selepas seminggu. Tapi belum sampai seminggu keluar spotting. Sekarang dah 2 hari darah keluar macam period. Ikut kiraan last period kandungan baru 4 weeks. Boleh bantu kemusykilan saya… Boleh jd saya period atau kandungan sy x menjadi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kemusykilan anda tentang ujian kehamilan. Untuk makluman anda, masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid.
Kebanyakan wanita yang cuba untuk hamil bergantung kepada ‘Urine Pregnancy Test (UPT)’. Namun demikian ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur. Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh menjadi samar seperti:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan
- Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- Chemical pregnancy
- ubatan
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sekiranya anda ragu tentang kondisi anda, sila ke klinik untuk lakukan ujian kehamilan lain dan pemeriksaan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih