
Sulit
4 tahun
Upt negatif, masih menstruasi tapi ada tanda kehamilan
Halo dctor, saya berumur 24 tahun, pada tnggal 30 january sy telah melakukan hubungn intim…hri berikutnyaa sya demam tapi bdn sy tdk pns pdhl suhu badan sy sgt tinggi…berlangsung selama 4 hri…tanggal 17 january sy menstruasi tapi berbeza dri menstruasi biasa…bulan january sy tdk dtg haid sebelumnya kerana memang haid saya tdk teratur… menstruasi saya pada tanggal 17 februari itu kluar drh terang pada mulanya kemudian gelap,ada juga gumpalan drh seperti daging dn ada tisu seperti usus yg pendek…itu hnya brlangsung 3 hri…bulan berikutnya pada buln march…menstruasi lagi pada tanggal 19 berlangsung selama sepuluh hri…itu prtama kali menstruasi panjang…habis shaja menstruasi,sy cek ke klinik klau2 sy ini hamil…dctor scan perut dna mengatakan bahawa kantung rahim kosong tetapi saya ada ketumbuhan sis yg msih kecil pada saat itu…dctor memberi ubat buang angin dengan tahan sakit…menyuruh saya balik dan datang lgi setelah stu buln…bulan april sy tdk menstruasi…pada tanggal 1 mei saya menstruasi tapi sya tk pasti sy menstruasi kerana terlalu penat krja kerana sy krja bahagian fnb dan sgt sibuk sehingga 8 jam brjalan…drhnya sgt pekat…saya merasa ada degupan di perut tetapi bingung sma ada itu nadi perut atau janin…sy tdk pasti sma ada saya hamil atau tdk…sebelumya sy sdh mencoba beberapa kali menggunakan upt …lebih kurang 13 upt tetapi keputusan saya tetap negatif…sy mengambil ujian upt pada wktu pagi seperti yg disarankan tpi msih negatif…berat badan sy juga menurun drastik dan kurang selera makan…adakah saya hamil atau ada sakit lainn??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, sekiranya anda didatangi haid setelah berhubungan seksual, kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah. Berdasarkan keterangan anda, masalah sedemikian boleh berpunca daripada beberapa penjelasan seperti:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk info secara mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah anda. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!