
Anonymous
6 tahun
Upt pertama positif second negatif
Saya berumur 30an…saya lewat haid 3 hari…check upt positif …next day saya cuba lagi…upt negatif.adakah saya hamil atau tidak…untuk pengetahuan doktor saya mengambil ubat kesuburan untuk hamil.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan penyataan anda, punca hasil UPT berbeza mungkin boleh disebabkan oleh
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Oleh itu, anda dinasihati untuk berjumpa dengan dotor dan buat scan kalau boleh untuk mengetahui bahawa anda hamil atau tidak.
Sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!