syah_fairuza1417
4 tahun
UPT positif & negatif
Saya berumur 26 dan sudah berkahwin hampir setahun . Saya pernah keguguran awal bulan Mei tahun lepas masa tu janin baru 7 weeks . Sekarang saya kembali berusaha untuk hamil semula tapi agak sukar . Period saya normal seperti biasa . Cuma baru baru ni pada CD 8 saya check UPT dan ada double line tapi kabur . Petang saya check semula masih double dan agak kabur . Keesokkkan paginya saya test tetapi tiada double line . Pada tengah hari pula saya check semula ada double line . Macam mana ya pandangan doktor untuk kepastian ? Terima kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.