
nurnasrinadlin66
5 tahun
Upt positif sebelum period
saya nak tanya adakah saya pregnant ,saya dah check upt positif selepas 2 hari tak dtg period .saya tak ada alami simpton² awal pregnant .cuma rasa berat bertambah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sekiranya anda telah melakukan persetubuhan tanpa perlindungan dan ujian positif dalam tempoh 1-2 minggu selepas hubungan seks maka anda berpeluang untuk hamil walaupun tiada gejala lain kehamilan. Namun begitu, uijan UPT positif juga boleh terjadi kerana kerosakan alat ujian kehamilan atau salah cara penggunaan alat ujian kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan privasi, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.