
Sulit
4 tahun
UPT positif tapi datang period setelah seminggu missed period
Hi Doc. Saya berusia 27 tahun dan sedang TTC sejak bulan August. 1st date last saya period pada 4/8/2020 dan next date period adalah pada 1/9/2020. Namun saya telah missed period selama 1 minggu. Dari hari pertama sehingga tempoh saya missed period, saya telah melakukan ujian UPT dan kelihatan positif namun terlalu samar. Pada hari ke 8 saya missed period, kelihatan brownish pada panties saya dan saya terus berjumpa doctor. Doctor scan perut saya dan kelihatan rahim saya mengembang. Doctor said ada dua kemungkinan samada saya memang hamil tapi masih awal atau saya akan datang bulan. Doctor suruh saya berjumpa semula 2 minggu lagi untuk pengesahan. Keesokkan hari selepas saya berjumpa doctor, terdapat aliran darah seperti period dan saya alami sedikit senggugut. Namun tiada darah ketul seperti period kebiasaan. Adapun beberapa ketul pada hari ketiga saya period sahaja. Oleh itu, saya nak tanya samada saya sebenarnya hamil atau sebaliknya? Period saya selama adalah teratur iaitu 28 hari cycle. Perlukah saya berjumpa dengan doctor untuk mengatakan yang saya telah datang bulan? Akan tetapi kenapa UPT saya positif tapi period? Terima kasih untuk penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pendarahan yang berlalu yang disyaki sebagai kedatangan haid walaupun mendapati UPT positif serta telah melakukan pengimejan baru-baru ini.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah pendarahan setelah mendapat positif dalam ujian kehamilan iaitu:
- Pendarahan implantasi: Berlaku ketika zygote telah diimplantasikan pada dinding rahim, sehingga menyebabkan sedikit pendarahan
- Keguguran atau implantasi yang gagal, menyebabkan janin tergugur daripada rahim.
- Kehamilan ektopik. Namun, ia belum boleh disahkan selepas beberapa minggu lagi pada trimester pertama atau kedua.
- Pendarahan dari serviks yang boleh disebabkan oleh aliran darah bertambah ketika kehamilan. (normal)
- Kehamilan molar (Molar pregnancy) dimana plasenta (uri) yang terhasil adalah abnormal, dan boleh menyebabkan keguguran dan kegagalan implantasi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat serta menjalani siasatan kesihatan mengenai kehamilan anda dengan lebih lanjut. Sila berikan butiran yang teliti mengenai masalah ini dengan doktor pakar sakit puan anda untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.