
Sulit
5 tahun
Upt positif tetapi scan 13 minggu tak nampak apa-apa
Saya nak tanya, 10 march yg lepas sy check upt dan naik double line. 17 march saya check lagi skali dan naik double line jugak.
13 april, saya ke klinik kesihatan utk buka buku. Tapi bila doc scan, doc ckp nampak kosong. Tak ade pape. Ikut perkiraan, kandungan lebih kurang 13 minggu. Sebab last period sy 9 january.
Beberapa hari selepas check upt pada 17 march, ada keluar darah dlm kuantiti yg sedikit selama 3 hari.
Jadi, adakah sy keguguran atau kehamilan luar rahim ???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keguguran
- Kehamilan anggur
- Kehamilan luar rahim
- Ketumbuhan yang mengeluarkan hormon beta-hcg
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.