
Sulit
3 tahun
UPT Positif, tiada tompok darah
Salam Doc, Saya nak tanya. Possible tak untuk seseorang wanita itu UPT test positif, tetapi tidak mengalami tanda2 awal kehamilan. COntoh, tompok darah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Setiap wanita adalah unik, dan akan mengalami tanda-tanda kehamilan yang berbeza. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuklah :
- Haid lewat
- Perubahan pada payudara
- Rasa loya dan muntah
- Mengidam makanan
- Tompok darah (implantation bleeding)
Walaupun anda tidak mengalami implantation bleeding, ia merupakan perkara normal dan anda masih boleh hamil seperti yang ditunjukkan dalam ujian UPT. Anda boleh rujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat memberikan penjelasan yang lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.