
Anonymous
5 tahun
Upt positive after 1 week negative
doktor sy berusia 30 thun ingin tahu date period sy 8hb…6&7 hb sy buat upt dan positif…11hb sy keluar darah sedikit sampai ke harini…refer ke doktor dibekalkan duphaston…akan tetapi sy buat semula upt dan jawapannye negative…sebab ape boleh mcm tu ye??haritu scan x nmpk ape2…saya runsing hamil atau tidak…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara sebab bacaan upt tidak tertentu ialah
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Anda dinasihatkan untuk membuat upt sekali lagi ataupun berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keadaan puan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih