
Sulit
4 tahun
Upt positive kemudian negative
Sy lewat period dalam 4hari kemudian membuat upt test yg pertama nmpk 2 line kabur,kedua pun kabur Dan ketiga negative…adakah sy hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Sekiranya ujian dilakukan terlalu awal, kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
- Kandungan luar rahim
Ujian kehamilan lain boleh dilakukan di klinik seperti ultrasound dan ujian darah. Saya tidak boleh simpulkan apa yang anda alami pada waktu ini kerana saya perlu melihat kepada ujian darah dan ultrasound anda. Sebaiknya anda bertanyakan hal ini kepada doktor yang anda jumpa.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Jika anda mempunyai keraguan dan ingin mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih