Sulit
4 tahun
UPT positive seminggu selepas itu menjadi samar dan negative
Hai doc, sy berumur 28tahun, dan sudah berkahwin hampir 2 tahun. Sy ada pcos dan pernah mengandung 4 bulan selepas berkahwin, tetapi anak yg dikandung premature birth at 24wks dan meninggal.
Selepas setahun sy lahirkan anak syurga sy. Sy dikejutkan dgn berita gembira. Badan terasa letih pening mual loya dan breast tenderness. Bila cek upt positive… dan ekot kiraan masa tu 4minggu ±
Selepas seminggu sy cek lagi (estimated 5wks ±)upt semakin pudar dan mmg nampak mcm negatif… hanya ada faint line yg sangat2 samar.
Boleh doc terangkan… kenapa masalah ni berlaku?? Sy pergi checking… semua doc tak dapat beri jawapan. Jawapan mereka hanya… kita follow up lagi dua minggu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Alat seperti menguji kehamilan adalah alat yang kadang-kala tidak begitu tepat. Oleh itu, untuk mengesahkan kandungan anda, anda disarankan untuk menjalani skan ultrasound kerana dengan ujian tersebut dapat memberi imbasan tentang janin yang ada dalam rahim anda serta mengesahkan kandungan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.