
Sulit
3 tahun
Upt positive tp keluar darah
Hi. Sy isteri berumur 28thn, berkahwin 2019 masih tiada anak. Sy pernah dtg period lambat dan slps smggu sy cek positive. Lps tu sy pergi keje mcm biasa. Ptg tu sy sakit perut dan keluar darah. Sy anggap mcm period. Tp slps tu period sy makin sakit tiap bulan smpai skrg. Kdg2 slps “bersama” darah keluar byk. Mcm tumpah darah. Tp sepatutnya belum time period lg. Tp Lps tu period mcm biasa. Adakah sy ptut cek doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kehamilan ektopik
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Keguguran
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan