
Sulit
3 tahun
Upt pregnant test evap line
Hi doc… Sy nak tnya…sy dh uji upt sblm period delay…Tp tiap kli sy uji sy dpti upt sy ada line yg samar pada line T selepas lbib dr 10 minit…Dn selepas itu sy titiskan lg air ksong line T makin pudar. Adakh sy hamil.atau tidak? Sbb ada yg ckp klau nk thu tu evap line titiskan iar ksong klau line makin hilang xpregnant tp klau line tu xberubh wlaupn smar…ia d kira positif .apa pandangan doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT biasanya diguna pada minggu selepas tempoh haid yang terlewat. Selain itu, keputusan ujian upt perlu dibaca dalam 5 minit dan tidak melebihi untuk keputusan yang tepat; sebab positif palsu mungkin akan terjadi sekiranya anda membiarkan upt tersebut melebihi 5 minit. UPT berfungsi dengan mengesan kepekatan hormon HCG dalam kencing dan kehamilan akan meningkatkan kepekatan hormon ini.
Oleh itu, sekiranya anda dapat keputusan 2 garisan untuk ujian UPT dalam 5 minit, walaupun samar, kemungkinan hamil adalah tinggi. Anda perlu pergi ke klinik kesihatan untuk kenal pastikan kehamilan anda serta buka buku. Titisan air kosong akan terjejas kepekatan hormon HCG dalam kencing dan menyebabkan keputusan upt tersebut kurang tepat. Langkah ini tidak digalakkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).