
Sulit
3 tahun
Upt samar kemudian negatif
Saya berusia 26 tahun, Last period pada 1/7/2021, check Upt pada 4/8/2021 double line samar-samar. Kemudian 14/8 ke klinik untuk check tetapi hasil upt negatif. 16/8 ada keluar seakan flek coklat, dan 17/8 hari ini juga ada keluar seakan darah coklat, dalam kuantiti sedikit sahaja. Boleh jelaskan kenapa ini berlaku doktor? Adakah saya hamil atau tidak. Period saya setiap bulan memang teratur pada setiap 1 atau 2hb. Terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami akan cuba membantu.
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk pengetahuan anda,Test upt boleh kadang-kadang memberikan keputusan positif palsu.
Ini disebabkan beberapa faktor berbeza.
Ujian kedua sudah dilakukan di klinik ,dan keputusan merupakan negatif.
Tompok darah yang dialami boleh terjadi akibat ketidakseimbangan hormon anda.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut dan mengurangkan keresahan anda.
Kami harap jawapan ini membantu.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan