
Sulit
3 tahun
UPT SEBELUM DUE PERIOD POSITIVE ( line yg sgt samar)
Hi, sy wanita berumur 26 tahun, sy telah bersama pada hari terakhir haid sy iaitu 7/5. Disebabkan sy x sedap badan, sy membuat upt sebelum due period sy. Dan results nye positif wlpun terdapat garisan yg sgt samar(faint line). Saya ulang semula upt pada keesokan harinya, upt telah mnjdi negatif. Pada 28/5 sy period tepat pada waktunya selama 7 hari. Soalan sy, adakah perlu buat upt semula? Adakah sy pregnant?. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan UPT anda menjadi seperti berikut, antaranya ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Penggunaan teknik yang salah
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
Ujian kehamilan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 minggu selepas lewat datang haid dan disarankan untuk dilakukan pada waktu pagi.
Sila klik pada link ini (Ujian kehamilan) untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.