
Sulit
4 tahun
Upt test double line tapi samar, hari seterusnya test lain hanya naik1 line
saya berusia 25 tahun. saya last period pada 17/3 tapi on off selama seminggu, saya test upt pada 23/3 pagi negatif dan saya tinggalkan didalam toilet, selepas balik dari kerja pada 6 ptg, saya dapati ada 2 line tapi 1 line samar samar. saya test keeseokkan harinya 24/3 guna upt lain, 1 line. dan saya test lagi skali utk kepastian pd ptg hari selepas balik kerja. tetap 1 line. saya tidak mempunyai simptom pregnant tetapi saya sentiasa rasa perut tak selesa dan pedih ulu hati.apa yg perlu saya lakukan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Walau bagaimanapun, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound.
Tambahan lagi, kelewatan haid yang diiringi dengan perubahan tubuh juga boleh disebabkan oleh:
- tanda-tanda awal kehamilan (darah implantasi yang berbeza dengan darah haid yang lazimnya di dapati)
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.