Sulit
2 tahun
Upt test positif tapi oeriod
Haii doctor. Sy berusia 29 dan sudah berkahwin. Sblm niey sy pernah 2 kali keguguran. Tadi pagi sy buat test pregnant. Upt sy positif. Dlm jam 9:30 pagi ada keluar darah seperti period. Adakah normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi anda.
Kami faham kebimbangan anda mengenai pendarahan faraj yang dialami oleh anda tetapi ujian kehamilan memberi keputusan positif. Untuk pengetahuan anda, pendarahan yang dialami dan keputusan ujian kehamilan yang positif memerlukan perhatian oleh anda dan doktor kerana ia tidak normal.
Selain itu maklumat lanjut mengenai sejarah kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Oleh itu kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan juga membuat pemeriksaan kehamilan.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.