
Anonymous
5 tahun
Upt -ve, scan doc kata pregnant 5 weeks
Salam doc, minggu lepas saya pergi scan perut, upt saya check -ve. Tapi doc tu cakap saya pregnent 5 weeks. Sebab ada nampak kantung. Tapi tak clear sebab air kencing tak banyak. Bila doc tu ukur, usia kandungan 5 minggu. Saya macam tak percaya. Dia suruh dtg another 3 weeks untuk check jantung baby. Persoalannya, boleh ke kita pregnant bila check upt -ve? By scan doc kata kita pregnant.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab upt negatif :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Namun, sekiranya anda telah scan di klinik dan doktor memberitahu sudah nampak kantung, saya percaya doktor tersebut telah memeriksa anda dengan teliti. Ini kerana pemeriksaan scan adalah tepat untuk mengesahkan kehamilan.,
Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, terdapat beberapa ujian untuk mengesahkan status kehamilan antaranya ujian upt dan imbasan ultrasound. Imbasan ultrasound adalah lebih tepat berbanding upt.
Ujian upt tidak selalunya tepat terutamanya jika alatan tersebut rosak atau bermasalah atau atas pelbagai sebab yang lain.
Doktor yang melakukan ujian keatas anda pastinya lebih arif tentang status anda. Anda dinasihatkan untuk mengikut nasihatnya bagi ujian selanjutnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.