
Sulit
5 tahun
Upt +ve tapi keluar darah?
Hi doctor… saya nak tanya boleh ke upt +ve tapi tak mengandung? Sebab semalam saya keluar darah dan tak tahu darah ape yang keluar tu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian UPT masih boleh menjadi positif dan terdapat pendarahan berlaku kerana:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim - ujian UPT masih boleh menjadi positif selepas beberapa hari pendarahan
- Ketumbuhan polip/fibroid dalam rahim yang pecah
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.