
Sulit
4 tahun
Upt yg saya buat ada dua line tetapi satu line itu samar
Dokter umur saya 20 tahun dan pagi tadi selepas saya bangun dari tidur saya membuat pregnancy test, saya buat sebanyak tiga kali menggunakan test kit yg berbeza, saya juga menggunakan test kit clear blue untuk mengesahkannya, tetapi upt test ada dua line dan line lagi satu itu kabur, saya buat upt test kerana saya tak sedap badan tetapi saya test sebelu datang period lagi 3 hari, adakah saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif atau samar-samar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan pendarahan tersebut berpunca daripada haid atau kehamilan kerana perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Selain itu, sejarah kitaran haid perlu diketahui dengan lebih lanjut dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan pengesahan kehamilan dapat dibuat terhadap anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.