
auroraeudora999
5 tahun
Ural (Lawas Kencing)
Saya berumur 29 tahun. Saya mengalami masalah kencing kotor. Ada kesan sampingan x jika saya terus menerus mengambil Ural iaitu ubat lawas kencing? Adakah wanita mengandung tidak digalakkan untuk mengambil Ural ni? Terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan sekiranya anda mengalami jangkitan saluran kencing adalah lebih baik sekiranya anda menerima ubat untuk merawat jangkitan tersebut iaitu antibiotik kerana ubat Ural adalah berfungsi untuk meng-alkali-kan air kencing dan mungkin mengurangkan sedikit simptom yang anda alami. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang rawatan yang bersesuaian, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) atau di link (DoctorOnCallEPharma) ini untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan dan berhubung dengan farmasi kami.