
Sulit
5 tahun
Urat di leher terasa bengkak dan ada ketulan
Hi, saya ada rasa urat di leher seperti bengkak tetapi tidak sakit. Ketulan juga dirasai dibahagian leher saya. Boleh saya tahu kenapa ianya terjadi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- kelenjar Lymph node yang membengkak
- Ketulan lemak (Lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.