
Sulit
4 tahun
Urat simpul pada paha dan betis
Sy wanita berumur 39 thn… Belom berkahwin. Sy mempunyai masalah urat timbul pada paha dan betis… Tidak bnyak tapi ada dua 3 tempat… Adakah merbahaya atau adakah ubat untuk menghilangkannya

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan.
Urat biru yang kelihatan pada tangan dan kaki anda adalah salur darah vena yang membawa darah tidak beroksigen ke jantung.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan timbulnya urat ini. Bagi seseorang yang sihat, dalam lingkungan usia muda dan sering melakukan aktiviti lasak, berdiri terlalu lama dan perkara ini adalah normal kerana mereka akan kehilangan lemak dari permukaan kulit dan menyebabkan salur darah mereka lebih jelas.
Sesetengah mereka yang kurus juga turut mendapat keadaan yang sama. Begitu juga mereka yang semakin meningkat usia. Kebanyakan mereka yang berumur kehilangan jisim otot dan lemak badan menjadikan salur darah mereka lebih jelas kelihatan.
Namun begitu, terdapat penyakit yang boleh menyebabkan masalah ini. Salah satu yang paling kerap berlaku adalah trombosis vena. Terdapat darah beku di dalam salur vena dan menyebabkan aliran vena tersumbat. Apabila keadaan ini berlaku, aliran darah vena terganggu dan menyebabkan darah berkumpul. Ini menyebabkan salur darah vena kembang dan terlihat jelas di permukaan kulit.
Rawatan bagi masalah ini adalah pelbagai dan pemilihan jenis rawatan bergantung kepada keseriusan urat yang timbul:
- Stokin TED
- Suntikan sclerotherapy
- Pembedahan
Bagi memastikan masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian di link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan kepastian dan seterusnya menerima rawatan sekiranya perlu.