
Sulit
4 tahun
Urat timbul di leher setelah makan antibiotik dan ubat batuk.perlu Tak saya risau akan kesihatan saya.b
urat kat leher saya timbul lepas saya mkn ubat batuk dan antibiotik. walaupun saya dah berhenti ambil ubat batuk dan antibiotik, urat tu tetap jelas nampak. perlu Tak saya risau

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah yang anda hadapi perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh doktor. Saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan kerana maklumat tambahan perlu dipertimbangkan dalam masalah ini.
Saya sarankan anda untuk segera ke klinik jika anda mempunyai gejala seperti:
- Kuat berpeluh
- Perubahan warna kuku atau kulit menjadi biru
- Sukar bernafas
- Sakit dada
- Degupan jantung menjadi laju
- Rasa pitam
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.