
Sulit
4 tahun
Uri isteri mengandung
Kenapa uri boleh turun ke bawah smpai ke area kemaluan?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kedudukan uri adalah bergantung kepada usia kehamilan dan ianya boleh bergerak ke atas ataupun ke bawah mengikut individu. Apabila uri turun sehingga menutup pintu serviks, ianya dipanggil Placenta Previa dan boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil dan juga merupakan indikasi penting untuk ibu menjalani pembedahan Caesarean sewaktu melahirkan anak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.