Sulit
2 tahun
Uric asid tinggi, gout
Hi doctor,
Result darah saya UA 820. Saya ade gout. Namun jarang2 kena. Sejak kebelakangan ini kerap juga kena. Rakan cadangkan ambil ubat lanolone. Adakah dengan bacaan UA saya itu bole saya ambil lanolone.
Terima kasih doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gout bukan sahaja dari segi bacaan uric acid yang tinggi, tetapi ia adalah kombinasi simptom dan bacaan uric acid yang tinggi. Paras uric acid boleh diturunkan dengan mengelakkan makanan seperti makanan laut dan daging merah termasuklah hati ayam/daging seperti daging lembu. Selain itu, elakkan juga pengambilan kafein seperti kopi dan teh serta banyakkan minum air kosong.
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.