
Sulit
3 tahun
Urien Syabu dan Cara Mengatasi Urien Atau Tips Menghilangkan kesan Tersebut
Saya berusia 25 thun…Boleh saya dapatkan nasihat serta pendapat untuk menghilangkan kesan urin pengambilan dadah jenis syabu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera
terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai maslah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pengambilan shabu adalah dilarang disisi undang-undang dan juga boleh membahayakan kesihatan am anda. Kami nasihatkan anda agar menghentikan pengambilan shabu dengan mengambil rawatan rehabilitasi dan juga mendapatkan kaunseling.
Terdapat tiada cara untuk mempercepatkan penapisan bahan shabu dalam badan (darah dan melalui air kencing). Namun, anda boleh mencuba untuk tunggu selama 3/4 hari sehingga dadah tersebut hilang dalam sistem badan secara kesulurahan dan juga pada masa yang sama, berhenti mengambil bahan tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor