
an_annaz92
5 tahun
Urine pregnancy test positifr tp period
Isteri berumur 30 thun… Sabtu lpas isteri urine prgnancy test… Result positif… Isteri telewat 2minngu period dri tarikh asal… Tp smlm dya period… Dya confius… Sama da dya prgnant atau x… Da ka bercak darah…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pendarahan yang berlaku diawal kehamilan boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan kembar
- Keguguran
- Masalah ketumbuhan polip/fibroid dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, isteri anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.